Assalamualaikum and hai korang.
Banyak benda yang jadi sekarang ni, macam-macam sampai kita tak boleh nak keep up dengan satu-satu isu.
So back to our topic, since sekarang ni ekonomi Malaysia dah makin teruk, rakyat dah makin susah. Jadi entah la macam mana, kerajaan decide Dine-In dah dibenarkan untuk seluruh Malaysia walaupun dalam negeri Fasa 1. Ini bukan sebab ihsan, tapi sebab kritikal.
Kes harian mencecah 23K dah. Jadi kewajaran untuk dine-in sebenarnya adalah sangat tidak patut tapi macam saya cakap tadi, ekonomi rakyat Malaysia makin kritikal. Kadar bunuh diri makin tinggi, this is one of last resort untuk bantu rakyat meniaga. Anyhow, kita cuma boleh harapkan herd immunity dapat tercapai dengan cepat sebelum Oktober. So please, get your vaccine ya !
Jadi kepada pengusaha kedai makan, apa nak kena buat untuk persediaan makan di kedai ni?
- Make sure staff yang bekerja semua dah dapat full vaccine. Biasanya kita tekankan pelanggan yang nak makan di kedai perlu dapatkan full vaccine untuk mengelakkan jangkitan dari luar. Macam mana pula kalau ada jangkitan dari dalam? Jadi pengusaha tolong pastikan SEMUA STAFF yang berkerja dah dapatkan full vaccine.
- Lepastu kalau ada ambil staff baru untuk bekerja, tolong pastikan diorang pun dah dapat injection anti-typhoid. Bukan apa, kes typhoid ni memang jarang-jarang berlaku, tapi outbreak ada dalam skala yang kecil. Lebih-lebih lagi melibatkan pengendali makanan, jadi jangan la menyumbang kepada penyakit lain pula.
- Bab Kebersihan pula, tolong pastikan semua staff dah hadir kursus pengendali makanan untuk masing-masing faham tugas dan tanggungjawab mereka supaya dapat kurangkan gejala penyakit keracunan makanan. Trust me, sakit tu bukan pilihan untuk waktu sekarang ni.
- Fasiliti pulak macam mana? Tengok balik pinggan mangkuk tu, kerusi meja, sudu garfu, stor, lantai, tandas, semua ni bersihkan semula. Sanitize semua sebab kedai pun dah lama bertutup. Untuk peralatan makanan, rendam dalam air panas pun memadai untuk sanitize ataupun guna food grade sanitizer. Cari je kat shoppee lazada tu banyak.
- Bab keselamatan makanan pula, pastikan tak ada makhluk perosak kat premis tu. Yela kedai dah lama tutup ni biasa ada makhluk lain yang bertapak. Bersihkan, basuh. Lagi-lagi kalau melibatkan Cik Ti ni. Air kencing dia pun boleh buat pening kepala.
- Lagi satu untuk keselamatan makanan, tengok balik bahan mentah tu semua. Kot-kot lah dah expired tu buang lah. Jangan guna lagi dengan alasan nak cut cost. Jadi peniaga tu jangan pengotor, jaga amanah meniaga tu.
Dah tu jelah setakat ni, nanti makin panjang pulak membebel. Ingat pesan Dr Noor Hisham, kebanyakan tempat buka bukan sebab dah selamat, tapi sebab ekonomi.
Jadi mana-mana kita pergi, jaga SOP. Kita tak tahu bila zaman kegelapan ni akan habis, tapi kita boleh sentiasa cuba untuk ke arah itu. Take care gais !
Tataaaa