Assalamualaikum & Hai semua !
Okay sebenarnya kenapa penting sangat daftar premis ni sampai KKM nak saman bagai? Daftar premis ni WAJIB tau sebab pihak KKM perlu tahu kawasan mana yang ada aktiviti penjualan atau penyediaan makanan, lepas tu jenis premis tu macam mana sama ada kedai ke, atau warung je ke, atau penjaja ke, atau berniaga dirumah ke.. Senang cerita, semua ni KKM perlu tau.
Okay siapa yang malas nak baca lagi, terus pergi pada video tutorial untuk daftar premis kat bawah. Siapa yang tak tau dia kena daftar ke tidak, jom tengok maksud premis tu apa eh sebenarnya? Hikss
Okay so jenis premis tu ada 4,
Hah, ada tak salah sorang dari korang ni tersenarai? Kalau ada sila lah daftar. Nak daftar ni percuma je haa. Kalau tidak berdaftar, tu yang kena saman. Siapa cakap?
Dalam buku Peraturan Kebersihan Makanan 2009 ada cakap, tengok bahagian Peraturan 3 “Semua perniagaan makanan WAJIB didaftarkan dengan Kementerian Kesihatan Malaysia” dan kalau gagal berbuat demikian, kena saman MAXIMUM RM10,000 atau PENJARA MAXIMUM 2 TAHUN.
Macam mana nak daftar? Ada dua cara, sama ada korang nak
- Pergi kat Pejabat Kesihatan Daerah masing-masing lepastu isi borang daftar premis, jangan lupa bawak sekali IC dengan SSM owner. Kang kena patah balik pulak dah la jauh.
- Haa ataupun musim-musim Covid ni, daftar jelaaa online. Kan senang? Tekan link ni fosim.moh.gov.my
Yang online tu, tekan je video bawah ni. Dah siappp hihihi.
Pastu nanti korang akan dapat slip pendaftaran macam gambar bawah ni tau, haa dah dapat ni apa lagi. Print, frame kan pastu tampal laa kat dinding kedai. Kalau premis tak berdinding, print and simpan dalam fail. Letak kat premis. Kan senang kan?
Kalau membantu, share lah lagi supaya ramai-ramai tahu. Tataaa